
OPPO Perlihatkan Telefon Boleh Gulung – Dikenali Sebagai OPPO X 2021!!
Ada sesuatu yang menarik ketika OPPO INNO Day apabila mereka telah memperlihatkan peranti boleh gulung mereka yang dikenali sebagai OPPO X 2021.

Menariknya mengenai peranti ini adalah skrinnya boleh ditarik sehingga 7.4 inci. Menurut OPPO lagi, terdapat Warp Track di bawah skrin untuk melindunginya.

Tetapan saiz skrin boleh dilakukan menerusi peranti ini. Sungguhpun begitu peranti ini masih lagi telefon konsep. Jadi teruskan bersama kami bagi menantikan perkembangannya.