
Hasil Gambar OnePlus 5T Dengan Kemas Kini OxygenOS 4.7.4 Dibandingkan Dengan Google Pixel 2
OnePlus 5T baru sahaja menerima kemas kini terbaru OxygenOS versi 4.7.4 dan pihak OnePlus telah menjanjikan penambahbaikan pada keupayaan kamera untuk model ini. Kini seorang pemilik akaun di imgur iaitu otroy telah berkongsikan perbandingan hasil gambar di antara OnePlus 5T yang telah dikemaskinikan ke versi terbaru ini dengan Google Pixel 2 yang sememangnya telah dinobatkan sebagai salah satu telefon pintar dengan keupayaan kamera terbaik di pasaran.
Berdasarkan kepada hasil gambar yang telah dikongsikan ini, jelas dapat dilihat bahawa keupayaan kamera dengan pencahayaan rendah dan juga pengaktifkan mod HDR secara automatik pada OnePlus 5T sememangnya kelihatan sangat baik sekali. Berikut adalah hasil gambar yang telah dikongsikan…
Sumber: imgur






