Sharp Aquos Zero Bakal Memasuki Pasaran

Sharp bakal melancarkan 1 lagi model telefon pintar yang dikenali sebagai Sharp Aquos Zero. Tidak seperti model-model yang terdahulu yang menggunakan skrin LCD, model yang terbaharu ini bakal menggunakan OLED.

Dikatakan, telefon ini bakal menjadi telefon berskrin OLED yang paling ringan di dunia dengan berat hanya 146g disebabkan oleh penggunaan frame (bingkai) dari bahan magnesium aloi dan panel belakang yang diperbuat daripada serat karbon.

Dalam pada itu, skrin telefon ini sedikit melengkung yang memberi sentuhan eksklusif. Skrin peranti ini berukuran 6.2 inci dengan resolusi 2992 x 1080 piksel, nisbah aspek ialah 18.7:9. Aquos Zero bakal menggunakan chipset Qualcomm Snapdragon 845 yang disertakan dengan 6GB RAM dan 128GB simpanan internal.

Tidak mengikut trend terkini yang menggunakan dwi kamera di bahagian belakang, Sharp Aquos Zero hanya akan menggunakan satu kamera sahaja di bahagian depan dan belakang dengan 22.6MP.

Android 9.0 Pie akan digunakan dan memiliki bateri sebesar 3130mAh. Ciri-ciri tambahan lain bagi telefon ini ialah ia mempunyai ketahanan terhadap air dan debu yang menjamin ketahanan dan kebersihan telefon ini.

 

 

You might also like