iPhone 12 Sokong 5G?! Kata Tim Cook

Terbaru dalam laporan kewangan Apple untuk suku pertama 2020, Tim Cook telah berkata bahawa dia amat teruja dengan produk baharu yang bakal diperkenalkan kepada peminat mereka. Menurutnya, rangkaian 5G akan memainkan peranan penting dalam memacu produk Apple.

Menurut Tim Cook, rangkaian 5G yang stabil sangat penting kerana ia akan mempengaruhi minat pengguna ketika menggunakan produk mereka. Melalui petikan katanya, jelas menunjukkan bahawa iPhone 12 akan menyokong 5G.

Mengikut sumber ketirisan, iPhone 12 akan menggunakan 5G Dual Mode, dilengkapi dengan pemproses Apple A14 5nm yang mana mempunyai penggunaan tenaga yang lebih rendah dan peredaran haba yang lebih baik berbanding 7nm.

iPhone 12 dikharbakan akan hadir dalam 3 varian, iaitu iPhone12, iPhone12 Pro dan iPhone12 Pro Max dengan saiz paparan 5.4 inci, 6.1 inci dan 6.7 inci. Dari segi konfigurasi kamera, iPhone 12 Pro akan dilengkapi dengan 4 kamera yang terdiri daripada lensa utama, lensa ultra wide-angle, lensa telephoto dan lensa ToF, sekaligus fungsi AR juga akan menerima penambahbaikan.

 

 

You might also like