Tiga Aksesori Terbaru Dari Sony, Sesuai Untuk Audiophile!

PelancaranBertempat di Metal Bees Production House, Petaling Jaya, Sony telah menjemput para media untuk sama-sama memeriahkan pelancaran tiga aksesori terbaru mereka yang sebelum ini diperkenalkan di IFA 2016 yang telah berlangsung di Berlin. Tiga model tersebut adalah Sony MDR-Z1R, Sony TA-ZH1ES dan juga Sony NW-WM1 yang hadir dalam dua variasi berbeza.

3kshop-sony-mdr-z1r-spec-7Sony MDR-Z1R, sebuah headphones eksklusif yang memiliki HD driver 70mm tertutup dan dinamik, dengan diafragma EXTRA BASS eksklusif dari Sony. Malah ia mampu menghasilkan audio yang kaya dengan bunyi bass dengan adanya teknologi Liquid Crystal Polymer yang mampu memainkan audio beresolusi tinggi sehingga 120kHz.

1Lebih menarik, headphone ini mampu menghalang bunyi bising mahupun angin kuat dengan adanya tiga penapis di dalamnya. Menampilkan rekaan kompak yang boleh dilipat, ear cup MDR-Z1R yang dihasilkan juga sangat lembut serta menggunakan material berkualiti agar lebih selesa jika ingin mendengar muzik dalam jangka masa yang lama.

Kotak Bungkusan
Sony MDR-Z1R hadir dengan kotak pembungkusan mewah, sesuai dengan harganya yang agak tinggi.

Manakala Sony NW-WM1 adalah sebuah siri Walkman yang menawarkan dua kapasiti memori berbeza, di mana NW-WM1Z menyediakan memori sebesar 256GB, manakala NW-WM1A pula hadir dengan memori sebesar 128GB.

Kiri: Sony NW-WM1Z, Kanan: Sony NW-WM1A
Kiri: Sony NW-WM1Z, Kanan: Sony NW-WM1A

Kehadiran teknologi yang dipanggil S-Master HX serta DSEE HX ini sangat istimewa, kini anda tidak perlu risau jika ingin mendengar muzik di dalam persekitaran yang bising, kerana teknologi ini secara automatik akan meningkatkan audio bunyi dengan lima mod berbeza pada pemain walkman anda.

Sony-NW-WM1Z-Walkman-2
Sony NW-WM1Z

Sony juga tidak ketinggalan menyediakan aplikasi Original Master Sound untuk menghasilkan suara audio yang lebih berkualiti terutamanya apabila anda mendengar muzik mahupun menonton video. Selain boleh mendengar muzik menggunakan sambungan Bluetooth, kedua-dua peranti ini hadir dengan teknologi baru, LDAC yang membolehkan pengguna mendengar muzik secara wayarles.

Sony NW-WM1A
Sony NW-WM1A

Menawarkan masa mendengar muzik yang agak panjang iaitu sehingga 33 jam, kedua-dua peranti ini boleh disambungkan dengan Sony MDR-Z1R untuk menikmati audio yang lebih menakjubkan.

nw-wm1z_mdr-z1r_ta-zh1es_insitu01-mid--medium--57cc977069e4dSatu lagi produk yang diperkenalkan adalah Sony TA-ZH1ES. Ia adalah sebuah Headphone Amplifier yang boleh disambungkan dengan Sony MDR-Z1R dan NW-WM1.

TA-ZH1ESMenawarkan rekaan kompak dengan ukuran 210x65x314mm dan seberat 400g, Sony TA-ZH1ES menggabungkan beberapa teknologi audio terbaik yang terdiri daripada DSEE HX dengan lima mod berbeza, DSD Remastering Engine, DC Phase Linearizer, LR Balance Adjust serta S-Master HX untuk menghasilkan kualiti audio yang lebih jernih dan lantang.

Kesemua produk ini telahpun dijual di pasaran tempatan dengan harga seperti berikut:

  • Sony MDR-Z1R – RM 7,099
  • Sony NW-WM1Z – RM 11,999 (**kemaskini)
  • Sony NW-WM1A – RM 4,999
  • Sony TA-ZH1ES – RM 8,999

You might also like