Xiaomi Redmi Note 4 Versi 4GB RAM Akan Mula Dijual Minggu Hadapan

Xiaomi Malaysia mengumumkan peranti model Redmi Note 4 versi 4GB RAM dan storan 64GB akan dijual secara rasmi pada hujung minggu hadapan 29 April 2017.

Peranti yang hadir dengan kapasiti bateri 4100mAh, disokong oleh cip pemprosesan Snapdragon 625 pada paparan bersaiz 5.5 inci HD penuh didatangkan dalam warna Hitam, Kelabu dan Emas. Harga yang ditawarkan pula ialah RM949, perbezaan harga pada versi 3GB RAM adalah sebanyak RM150.

You might also like