Isu Paparan Kemerahan Pada Samsung Galaxy S8 Akan Dibaiki Pada Kemaskini Minggu Hadapan

Nampaknya jurutera perisian Samsung temui langkah bagi mengatasi masalah ‘kemerahan’ pada Samsung Galaxy S8. Isu ini dipandang berat dan pihak Samsung akan mengeluarkan patch pada kemaskini yang boleh diperolehi bermula minggu hadapan.

Sebelum ini segelintir pengguna terawal Samsung Galaxy S8 menghadapi masalah warna pada paparan yang lebih cenderung kepada kemerahan dan tidak boleh dikonfigurasi pada telefon itu sendiri. Gerak langkah pantas ini adalah untuk mengembalikan kepercayaan terhadap keupayaan peranti flagship Samsung Galaxy S8.

 

You might also like