Honor X DJI Menawarkan Promosi Untuk Honor View 10 Dan Produk DJI

Honor dan DJI telah mengumumkan kerjasama mereka bulan lepas untuk memberikan pengalaman lebih menarik kepada para peminat di Malaysia. Oleh itu, honor telah mengadakan promosi dimana peminat boleh mendapatkan honor View 10 dan produk DJI pada harga lebih rendah.

Dalam promosi sehingga penghujung bulan Mac 2018, mereka yang membeli honor View 10 (RM2,099) akan menerima baucar eksklusif bernilai RM60 untuk digunakan dalam pembelian gimbal DJI Osmo Mobile 2. Ia merupakan gimbal terbaru yang dilancarkan DJI bulan lalu di Amerika Syarikat.

DJI Osmo Mobile 2 ditawarkan pada harga USD129 berbanding model terdahulu pada harga USD299. Secara tidak langsung, harga produk keluaran terbaru ini jauh lebih rendah dan mesra poket. Dimaklumkan tanda harga gimbal ini di Malaysia ialah RM588 seunit.

Selain daripada itu, untuk pembelian dron DJI Spark Fly More Combo yang berharga RM2,988, pembeli akan menerima baucar tunai RM200 yang hanya boleh digunakan khusus untuk membeli honor View 10.

Promosi ini akan berakhir sehingga 31 Mac 2018, jadi kepada yang berminat anda boleh membuat pembelian di stor rasmi terpilih sebelum tarikh tersebut.

You might also like