TM Perkenal Pelan Unifi Home Fibre – Hadir Dengan 30Mbps Dan Kuota Tanpa Had Pada Harga RM89/Sebulan

Ini ada satu tawaran menarik buat anda daripada Telekom Malaysia apabila mereka menawarkan Pelan Unifi yang hebat dengan kelajuan internet 30Mbps tanpa kuota pada harga RM89 sebulan.

Menerusi pelan ini, pelanggan boleh melayari internet dengan kelajuan muat turun sehingga 30Mbps dan muat naik sehingga 10Mbps. Bagi panggilan suara, anda akan dicaj 20 sen seminit.

Berikutan promosi pengenalan ini, mereka yang melanggan pada bulan ini akan menerima langganan sebulan secara percuma yang mana ia akan berakhir pada 30 September nanti.

Seperti biasa, anda akan mengikat kontrak selama 24 bulan bagi melanggan pelan ini.

Dalam pada itu, TM turut melaksanakan promosi pelan 1000Mbps dan ke atas. Pengguna yang mendaftar akan menikmati pemasangan dalam masa 24 jam. Lebih menarik, anda berpeluang menonton konsert penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah memasukkan kod IWANTSITI semasa check-out pendaftaran.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang Unifi Home Fibre.

____________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like