Telekom Perkenal Aplikasi myUnifi- Urusan Akaun Unifi Anda Kini Lebih Mudah

Dalam era kecanggihan ketika ini semuanya dapat dilakukan menerusi hujung jari anda. Terbaharu Telekom turut tidak mahu ketinggalan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memudahkan pengguna dengan memperkenalkan aplikasi baharu iaitu myUnifi. Kesemua perkhidmatan Unifi boleh didapati di dalam 1 aplikasi.

Menerusi aplikasi ini, anda boleh melakukan pembayaran dan melihat berapa banyak penggunaan anda. Anda akan menerima notifikasi berkaitan akaun anda. Pelbagai promosi semasa juga boleh dilihat menerusi aplikasi ini.

Lebih memudahkan adalah menerusi aplikasi ini anda boleh mengakses khidmat pelanggan dan mendapat respon yang sangat pantas dari pihak TM.

Kepada mereka yang melanggan perkhidmatan TM Unifi ini, anda boleh memuat turun dan menggunakan aplikasi ini bagi tujuan pengurusan akaun Unifi.

You might also like