PM Beri Sokongan Padu Kepada Axiata Dalam Mencapai Agenda Digital Negara

YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato ‘Sri Najib Razak hari ini menyaksikan pelancaran ekosistem tanpa tunai untuk Malaysia melalui Boost bersama beberapa rakan kerjasama seperti SME Corp, AmBank, PLUS, UTM dan UiTM. Ekosistem tanpa tunai di Malaysia membolehkan lebih banyak perniagaan tempatan mengamalkan gaya hidup dompet elektronik mudah alih tanpa tunai.

Mengiktiraf Axiata sebagai salah satu peneraju ekonomi digital Malaysia, YAB Perdana Menteri menyatakan sokongannya terhadap kumpulan ini adalah satu inisiatif digital dan kewangan inovatif, khususnya dalam menangani perniagaan kecil dan mikro di Malaysia.

Dalam acara berkenaan, beberapa perkhidmatan inovatif turut dipamerkan termasuk perkhidmatan e-dompet Axiata Digital, Boost, kiosk ATM kos rendah yang bertujuan untuk melayani golongan yang kurang mendapat perhatian, Peranti penjejak lokasi pintar yang membolehkan komunikasi suara dua hala dan isyarat butang panik, dan penggunaan tenaga serat optik pada menara buluh untuk mengurangkan pelepasan karbon.

Axiata juga berkongsi inisiatifnya untuk membantu usahawan digital tempatan di bawah Dana Inovasi Digital Axiata (ADIF), seperti teknologi drone untuk pengumpulan data dan perkhidmatan analitik, dan penggunaan teknologi mudah alih untuk mempromosikan kelakuan memandu yang lebih selamat dengan memberi ganjaran kepada pemilik dengan premium insurans yang lebih rendah.

Dengan adanya sokongan padu Perdana Menteri, pihak Axiata dan syarikat lain mampu memacu Malaysia untuk terus maju dalam bidang teknologi khususnya dalam ekonomi inklusif digital.

You might also like