LG G6 Tahan Lasak?

LG sentiasa membina peranti yang dipercayai dan tahan lasak, model G6 yang dibadankan oleh logam ini tidak menghalang JerryRigEverything, seorang YouTuber terkenal untuk menguji sejauh mana ketahanannya.

Mari kita lihat sama ada panel Gorilla Glass 3 di model ini tahan atau tidak.

Jika dilihat pada awalnya, ‘manusia perosak’ ini telah melakukan ujian calar pada paparan hadapan dan mengenalpasti bahawa paparan hadapan mula menampakkan calar pada skala 6, tidak pula di bahagian kamera hadapan.

Beralih ke logo LG di bahagian bawah tiada calar dapat dikesan tetapi earpiece di atas mudah calar dan longgar, sungguhpun begitu panel hadapan ini bersinar seperti baru. Tidak dilupakan, pengesan cap jari di belakang juga diuji dan terdapat calar yang banyak namun masih lagi boleh mengesan cap jari dengan tepat dan cepat.

You might also like