
Peranti Terbaru Alcatel Menggunakan 4 Kamera Dan 10x Core CPU?!
Mengejutkan ramai peminat tegar peranti mudah alih, mana tidaknya sampai 4 kamera nak tangkap gambar apa? Tunggu dulu, 4 kamera pada peranti terbaru Alcatel ini rupanya akan diletakkan dua di belakang dengan 13MP Sony IMX258 F/2.0 berkembar monochrome dan RGB sama seperti yang digunakan oleh LG G6 yang menyokong rakaman video 4K, dua di hadapan iaitu 8MP serta 5MP sebagai kesan depth focus.
Di bahagian luaran pula paparan skrin 5.5 inci menggunakan IPS HD penuh, jantungnya pula menggunakan Mediatek Helio X20. Selain itu, 10x Core CPU dengan 2xCortex-A72 juga tersedia di dalam badan Alcatel. Walau bagaimanapun, RAM-nya pula hanya 3GB beserta memori dalaman sebanyak 32GB sahaja, bateri yang diletakkan cuma 3100mAh agak mengecewakan.
Bahagian lain juga tidak dilupakan dengan tersedianya pengimbas cap jari di bahagian belakang, port USB type-C, menyokong dua slot sim dan radio FM. Tambahan lagi, sudah semestinya sambungan LTE, WiFi b/g/n, Bluetooth v4.1, sistem navigasi terdiri daripada tiga iaitu GPS, GLONASS dan Beidou hadir bersama.

