Huawei Bakal Perkenal Huawei MateBook D Untuk Pasaran Tempatan

Baru-baru ini kami ada berkongsi artikel mengenai Huawei mengumumkan yang mana mereka bakal memperkenalkan Huawei Matebook X Pro untuk pasaran tempatan.

Bagaimanapun, ternyata mereka bukan sahaja akan membawa satu siri matebook ke Malaysia tetapi DUA apabila hari ini mereka memaklumkan turut memperkenalkan Huawei MateBook D – komputer riba nipis dan berkuasa.

Matebook D menampilkan skrin bersaiz 14 inci dengan nisbah skrin ke tubuh sehingga 81% bersama bezel nipis berukuran 5.2mm bagi memaksimumkan paparan kandungan. Di samping itu, log masuk cap jari turut disertakan bagi membantu menjimatkan masa pengguna tanpa perlu menaip kata laluan.

Komputer riba ini juga dilengkapi dengan bateri berkapasiti besar pada 57.4WHr selain menyokong USB-C untuk pengecasan pantas. Selain itu, Matebook D dikuasakan oleh Intel Core ke-8 untuk prestasi yang lebih tinggi disamping dilengkapi ciri Huawei Share, quad-speaker Dolby Atmos dan kalis percikan air.

Anda teruja dengan kehadiran MateBook D ini? Stay tuned bersama kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai harga jualan dan ketersediaan komputer riba berkuasa tinggi ini pada perlancaran rasmi malam ini!

Baca juga :

You might also like