
Meletakkan kepentingan pengguna sebagai keutamaan, Huwei sentiasa berusaha untuk menyediakan gaya hidup digital yang lancar serta membawakan pengalaman yang terbaik untuk rakyat Malaysia.
Sehubungan itu, sekali lagi Huawei telah membawa kejutan kepada peminat setianya apabila mengumumkan bahawa mereka bakal menawarkan komputer riba MateBook untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Pun begitu, buat masa ini Huawei masih tidak menyatakan secara terperinci model apakah yang bakal di bawa memasuki pasaran tempatan. Untuk perkembangan lanjut sama-sama kita nantikan kelak!

