
Berita baik buat semua! Tencent yang juga pengeluar permainan video terkemuka dunia mengumumkan bahawa telah mengadakan kejohanan PUBG Mobile pertama di Malaysia iaitu PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2018.

Kejohanan julung kali dianjurkan itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM60,000 kepada pemenang dan turut ditaja oleh vivo dan Yoodo. Kejohanan berkenaan bakal melalui empat saringan iaitu di Johor, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur.
Berikut merupakan jadual peringkat saringan untuk PMNC :
|
Negeri |
Masa & Tempat |
|
Johor |
22 Disember 2018 Aeon Tebrau City, Johor |
|
Sabah |
25 Disember 2018, Kompleks Karamunsing, Sabah |
|
Sarawak |
06 Januari 2019, Emart Batu Kawa, Sarawak |
|
Kuala Lumpur |
12 Januari 2019, Sunway Velocity Level 3, KL |
Kumpulan yang terhebat daripada setiap peringkat saringan akan berentap di pusingan terakhir yang berlangsung di Sunway Velocity pada 26 Januari depan bagi merebut dan membawa pulang hadiah utama. Bagi anda yang berminat, boleh daftar secara online DI PAUTAN INI.

