Terkini! Xiaomi Mi MIX 3 Rasmi Pada Jan 2019 Di Malaysia!

1053
- Iklan -

Hampir 2 bulan Xiaomi Mi MIX 3 diperkenalkan di negara jiran China, kini ada berita baik untuk peminat Xiaomi. Peranti di bawah kod M1810E5A yang merupakan model Mi MIX 3 telah menerima kelulusan dari SIRIM pada 4 Disember yang lalu, ini bermakna pengguna di Malaysia boleh mendapatkan peranti ini secara rasmi tidak lama lagi.

Baca Juga: Harga Jualan Xiaomi Mi MIX 3 Bermula RM2,698 – Tawaran Dari Mobile 2 Go

Selain Mi MIX 3, satu lagi pendaftaran telah dibuat iaitu pengecas tanpa wayar MDY-09-EU. Mungkin ini merupakan pengecas yang digunakan pada Mi MIX 3, di mana ia hadir sekali dalam pakej pembungkusan di China.

Hari ini Xiaomi telah memuat naik gambar di FB mereka dengan memaparkan Mi MIX 3 akan mendarat pada Januari 2019 dengan tanda harga di bawah RM2500.

Bagi pengetahun anda, Mi MIX 3 merupakan peranti pintar yang hadir dengan paparan skrin penuh berukuran 6.39 inci FHD+ AMOLED, bersama nisbah 19.5:9. Ia mempunyai dwi kamera utama 12MP + 12MP dengan aperture f/1.8 + f/2.4, selain dwi kamera swafoto 24MP + 2MP.

Yang sedang menunggu ketibaan peranti ini, tunggu tarikh rasmi seterusnya dari Xiaomi ya…

_______________________________________

Artikel Popular: