HUAWEI Mengadakan Bengkel Solekan Eksklusif – Kerjasama Dengan Benefit

HUAWEI baru-baru ini telah mengadakan sebuah bengkel solekan eksklusif dengan kolaborasi bersama Benefit. Apa yang pasti bengkel ini diadakan istimewa untuk pengguna Nova sebagai tanda penghargaan dan terima kasih mereka atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Bengkel ini telah berlangsung di HUAWEI Experience Store, Pavilion Elite (aras 5) pada 14 Disember lalu dan bertujuan untuk berkongsi tips serta helah solekan menarik dalam menghasilkan gambar swafoto yang cantik tetapi masih kelihatan natural – ditunjukkan oleh National Brow Artist dari Benefit Malaysia iaitu Shanice Yong.

Selain itu, sebagai tanda penghargaan juga Huawei bakal menganjurkan jamuan makan malam istimewa, HUAWEI Christmas Night pada 20 Disember depan bertempat di Poseidon’s Reserve Caviar & Oyster Bar, Kuala Lumpur.

Berita lanjut, KLIK DI SINI!

 

You might also like