[Desas-Desus] : Lenovo Z5s Ferrari Edition Dijangka Hadir Dengan 12GB RAM?

Sejak kebelakangan ini semakin banyak pengeluar telefon pintar berlumba-lumba menghasilkan telefon dengan meletakkan kapasiti memori yang besar. Tidak mahu ketingggalan, terdapat desas desus mengatakan bahawa Lenovo juga bakal melakukan perkara yang sama.

Memetik maklumat tertiris, Lenovo Z5s bakal hadir dengan edisi Ferrari yang mana didatangkan dengan pemproses Snapdragon 845 dan diselitkan memori sebesar 12GB RAM bersama storan dalaman 128GB. Untuk sistem operasi, ia dijangka menjalankan ZUI 10 dari kotak.

Memetik sumber juga, versi tersebut bakal menggunakan panel belakang dengan warna cerun yang menyerupai Huawei Nova 4. Seperti biasa, maklumat tersebut masih lagi belum diketahui kesahihannya. Sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak!

[SUMBER]

_______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

 

You might also like