
Laman media sosial bermula kecoh sejak semalam dengan adanya pengguna CIMB Clicks mengatakan akaun mereka digodam! Kejadian ini menjadi semakin serius kerana akaun perbankan atas talian pengguna CIMB boleh sahaja dimasuk walaupun menggunakan kata laluan yang kurang tepat.
Ada juga pengguna CIMB memuat naik status mereka di Twitter bahawa wang dalam akaun mereka semakin kurang atas transaksi PayPal, yang mana sebahagian daripada mereka tidak mendaftar untuk akaun PayPal.
Setelah berlaku kejadian ini, pihak CIMB telah mengambil tindakan dengan menggalakkan pengguna mengubah kata laluan bagi mengelakkan masalah sekuriti yang berlaku. Selain itu, implementasi “ReCaptcha” yang seolah-olahnya menunjukkan perkhidmatan perbankan mungkin diserang bot, namun pada pandangan Pihak CIMB ia merupakan inisiatif terbaru untuk sekuriti tambahan sahaja.

Apa-apa pun dalam satu kenyataan rasmi terbaru CIMB, pihak perbankan atas talian mereka masih kekal selamat dan bebas daripada sebarang ancaman setakat ini. Sekiranya anda masih risau, disarankan mengubah kata laluan di CIMB Clicks atau memindahkan wang ke perbankan yang lain.
Diharap pihak CIMB Clicks mengambil tindakan segera dalam menyelesaikan masalah yang berlaku dalam memastikan semua pengguna bebas daripada masalah sekuriti.

