[Tertiris] Lenovo Z5s – Telefon Pintar Dengan Sokongan Tiga Kamera?!

Dalam diam, Lenovo bakal hadir dengan telefon pintar pertamanya dengan sokongan tiga kamera pada masa akan datang. Berita ini telah disahkan kesahihannya selepas sebuah peranti misteri yang telah dibangunkan oleh Lenovo mula kelihatan di dalam laman rasmi TENAA, di China.

Walaupun buat masa ini tiada maklumat berhubung spesifikasi didedahkan, tetapi ada ura-ura mengatakan telefon pintar ini dikenali sebagai Lenovo Z5s. Lebih menarik, melalui gambar yang dikongsi telah memperlihatkan sokongan tiga kamera dengan susunan lensa mirip seperti Huawei P20 Pro. Panel belakangnya pula dipercayai diperbuat daripada kaca dengan penyediaan sensor pengimbas cap jari di tengah-tengahnya.

Panel skrin peranti misteri ini juga mungkin menampilkan rekaan takuk kecil mirip seperti titisan air kerana kedudukan kamera hadapannya terletak pada bahagian tengah. Memandangkan tiada banyak yang dapat dikongsikan, nantikan kemas kini artikel berkaitan telefon terbaru Lenovo ini pada masa akan datang.

[SUMBER]

Baca juga:

You might also like