Permainan HQ Kini Diperkenalkan Dalam Versi Beta Untuk Peranti Android

Akhirnya pemilik peranti Android sudah boleh memuat turun permainan HQ yang kini telah diperkenalkan dalam versi beta di Google Play Store. Bagi anda yang masih belum pernah mendengar tentang permainan HQ ini, ia sebenarnya merupakan sebuah rancangan permainan trivia secara langsung yang telah mendapat sambutan yang sangat positif di kalangan pemilik peranti iOS di seluruh dunia kerana menawarkan hadiah wang tunai.

Scott Rogowsky merupakan hos untuk permainan trivia HQ.

Memandangkan ia masih lagi dalam peringkat beta, pihak pembangun permainan ini telah berkongsi bahawa berkemungkinan besar ia masih lagi belum stabil untuk pengguna Android buat masa ini.

Peserta perlu menjawab 12 soalan dan akan tersingkir sekiranya jawapan yang dipilih adalah salah.

HQ akan menawarkan sebanyak 12 soalan dan peserta akan tersingkir apabila jawapan yang dipilih adalah salah. Hadiah wang tunai bernilai USD2,000 akan diagihkan sama rata kepada setiap peserta yang berjaya menjawab kesemua soalan yang diajukan. Wang tunai yang dimenangi kemudiannya akan dipindahkan ke akaun PayPal peserta yang berjaya.

Muat turun di Google Play Store : HQ

You might also like