
LG Bakal Hadir Dengan TV Yang Boleh Kawal Peralatan Pintar Rumah

Pada CES 2018 yang akan datang, LG Electronics bakal memperkenalkan TV OLED dan SUPER UHD dengan teknologi terbaru menggunakan integrasi kecerdasan buatan (AI) untuk memudahkan pengguna sambil memberikan pengalaman hiburan ke tahap yang lebih tinggi.

Teknologi bantuan AI ini membolehkan pengguna berinteraksi dengan TV menggunakan suara untuk mengawal alatan pintar seperti robot vakum, pendingin hawa, penapis udara, lampu pintar, speaker pintar, dan lain-lain melalui sambungan WiFi atau Bluetooth.
Bagi meningkatkan kualiti gambar pada TV OLED, LG memasukkan pemproses terbaru α (Alpha) 9 sementara, untuk TV SUPER UHD teknologi pencahayaan belakang (FALD) pula memberikan warna hitam dan kontra yang lebih terperinci. Sokongan α (Alpha) 9 juga direka untuk menyokong kadar frame yang tinggi (HDR) sehingga boleh memaikan imej pada kelajuan 120fps.

Kedua-dua jenis TV ini menyediakan ciri premium seperti Cinema HDR, Dolby Vision, HDR10, HLG, dan Dolby Atmos.
Seperti biasa, harga dan model masih lagi belum dinyatakan. Kita tunggu sahaja semasa pelancarannya kelak.

