
Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah mengumumkan bahawa sebanyak 84 juta fail digital cetak rompak telah dimuat turun melalui BitTorrent yang kebanyakkan daripada fail tersebut adalah fail filem dan siri televisyen.
Menurut beliau, hal ini secara langsung telah memberikan kerugian berbilion ringgit. Justeru, kerajaan perlu bertindak bagi mengatasi masalah ini kerana ia memberi kesan kepada ramai pihak.
Tambah beliau lagi, jumlah ini merupakan suatu yang mengejutkan kerana perkhidmatan penstriman video sah sudah pun berada di Malaysia seperti Netfilx, iFlix, Viu dan sebagainya.
Syarikat penerbit tempatan seperti media prima juga telah menawarkan siri televisyen yang di paparkan di kaca televisyen disiarkan menerusi platform seperti Youtube secara percuma.
Baca juga:
- YB Gobind Singh: Penawaran Internet Lebih Pantas Pada Harga Lebih Murah
- Memacu Kejayaan 2018 Bersama vivo
- AirPods Versi Caviar – Kemasan Emas Berharga RM2,400
- Video Acah OPPO F11 Pro Muncul Di Media Sosial – Hadir…
- Senheng Membuka Daftar Minat Untuk Samsung Galaxy S10
- Menangi 1 Juta Hadiah Menerusi Kempen Xpax ‘Spin To…

