
Tahun 2018 menyaksikan vivo melancarkan pelbagai model telefon pintar dengan teknologi terkini. Ini terbukti apabila pada Januari 2018, vivo memperkenalkan teknologi pengecaman cap jari pada paparan skrin pad a CES 2018. Kemudian vivo melancarkan vivo X20Plus versi pengecaman cap jari pada skrin di China sebulan kemudian.

Pada bulan Febuari pula, vivo melancarkan APEX yang mana ia didatangkan dengan rekaan yang inovatif seperti elevating front camera. Ia juga disertakan dan sensor yang tersembunyi. Telefon ini mencapai nisbah skrin ke kerangka sebanyak 89%.

Pada Mac pula, vivo melancarkan telefon pintar yang hadir dengan dwi kamera pada siri V iaitu vivo V9. V9 merupakan telefon pintar yang didatangkan dengan nisbah skrin ke kerangka yang paling besar di malaysia iaitu 90%.

Vivo turut mengumumkan strategi kecerdasan buatan pada April dan mereka menyasarkan pelancaran telefon pintar 5G di “The Future of Communication” sub forum bagi forum BoAo yang berlangsung di Persidangan Asia Tahunan 2018.
Sebagai penaja rasmi telefon Piala Dunia 2018, vivo telah melancarkan kempen global baharu yang bertajuk “My Time, My FIFA World Cup”, di Taman Olimpik Beijing pada bulan Mei.

Vivo turut memperkenalkan X21 di Malaysia yang mana telefon ini disertakan dengan paparan 6.28 inci FHD+ FullView. Dengan takuk yang nipis dan sisi bezel bersaiz 1.66mm, ia mencapai nisbah skrin ke kerangka sebanyak 90.3%.

Ketika MWC Shanghai 2018, vivo telah mendedahkan teknologi Time of Flight (TOF) yang menjanjikan anjakan paradigma dalam pengimejan, AR dan interaksi antara manusia dan mesin.
Pada bulan Julai dan Ogos 2018, vivo telah mengumumkan NEX yang merupakan siri flagship yang didatangkan dengan elevating camera dan paparan Ultra FullView di malaysia.

Mengikuti kejayaan siri V adalah pelancaran vivo V11 pada September 2018. Peranti ini merupakan telefon pintar yang didatangkan dengan teknologi pengecaman cap jari pada skrin. Turut dilengkapi dengan kamera AI yang memudahkan proses merakam gambar.

Edisi terhad Fairy Pink vivo V11i telah didedahkan pada Oktober 2018 yang merupakan satu langkah menunjukkan tanda sokongan kempen kesedaran kanser payudara.

Pada Disember 2018, vivo telah dianugerahkan salah satu inovasi terbaik teknologi pengecaman cap jari pada skrin oleh media antarabangsa.

Dalam pada itu, vivo turut memperkenalkan telefon dwi paparan iaitu vivo NEX Dual Display Display yang didatangkan dengan 3 kamera dan 10GB RAM yang pastinya menawarkan prestasi yang terbaik.

Vivo telah berkolaborasi bersama PUBG MOBILE Malaysia bagi menjayakan PMNC 2018 pada penghujung tahun 2018 yang menyaksikan 16 pasukan dari 4 negeri (Johor, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur) berentap bagi merebut kejuaran. Pertandingan berlangsung dari Disember 2018 sehingga januari 2019.

Vivo pastinya setiasa membawakan inovasi dalam teknologi kepada pengguna. Dengan kejayaan yang digapai pada tahun 2018 akan menjadi pendorong buat vivo untuk terus melangkah jauh pada tahun 2019.
Baca juga:

