
Sebentar lagi jam pukul 5 petang akan bermula pelancaran rasmi peranti vivo NEX diumumkan di pasaran Malaysia.
Dengan spesifikasi dan teknologi canggih seperti kamera hadapan 8MP yang akan pop-up setelah kamera diaktifkan, pengimbas cap jari dalam paparan, serta Ultra FullView™ Display dan Screen SoundCasting turut menjadikannya sebuah peranti yang berkuasa buat masa kini.
Berdasarkan teknologi sebegini, harga jualan turut menjadi prihatin orang ramai, dan baru-baru ini DirectD telah pun bermula menerima pra-tempahan bagi model ini dengan harga terdedah RM2,799.
Adakah ini harga muktamad bagi vivo NEX?! Kita nantikan pelancaran sebentar lagi!