vivo NEX, Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Generasi Ke-3 – Lebih Laju & Tepat!

Hari Isnin (23 Julai) minggu hadapan vivo Malaysia akan rasmikan kehadiran vivo NEX ke pasaran tempatan, peranti ini telah mendapat perhatian tinggi oleh pengguna di sini setelah ia dilancarkan di negara China pada bulan lepas.

Vivo NEX mempunyai skrin 6.59 inci Ultra FullView™ Display dengan nisbah 19.3: 9, menjanjikan pengalaman berlayar yang sangat memuaskan. Salah satu keunikan pada vivo NEX adalah kedudukan kamera hadapan, ia tersembunyi di belakang paparan.

Apabila mengambil gambar swafoto, lensa ini akan dinaikkan hanya dalam tempoh 1 saat. Menurut vivo, kamera hadapan ini boleh berfungsi secara berterusan sebanyak 50,000 kali (* melalui data makmal vivo) tanpa sebarang kerosakan.

Selain kamera hadapan yang canggih, sokongan pengimbas cap jari dalam paparan juga merupakan satu inovasi pada spesifikasi peranti pintar masa hadapan. Menurut vivo, NEX juga mengekalkan teknologi pengimbas cap jari generasi ke-3 seperti digunakan pada vivo X21, sekaligus memastikan keupayaan pengimbas cap jari yang lebih tepat dan laju.

Spesifikasi NEX

  • Sistem Operasi: Android Oreo berasaskan Energy UI
  • CPU: Qualcomm Snapdragon 845
  • RAM 8GB
  • ROM 128GB/256GB
  • Skrin: 6.59 inci Super AMOLED Ultra FullView Display FHD+ (2316 x 1080 piksel)
  • Kamera Utama: 12MP f/1.8 + 5MP f/2.4
  • Kamera Hadapan: 8MP
  • Bateri: 4000mAh, Pengecasan pantas 22.5W
  • Sambungan: WiFi 802.11 ac, Bluetooth 5.0 LE, USB Type-C
  • Ciri Menarik: vivo Game Engine, Screen SoundCasting Technology, Pengimbas cap jari dalam skrin

Kita sama-sama nantikan pengumuman harga jualan rasmi vivo NEX pada Isnin hadapan ya!

 

You might also like