Berhati-hati! Jangan Tersalah Beli Set Tiruan Nokia 8110 4G

Alamak! Set tiruan lagi! Peranti legend Nokia memang lebih mudah ditiru ke? Apa-apa pun, pastikan Nokia 8110 4G  yang dibeli adalah TULEN!

Baru-baru ini HMD Global, selaku pangkalan bagi peranti Nokia, ingin memberi peringatan kepada pengguna terhadap set tiruan Nokia 8110 4G di pasaran Malaysia. Supaya lebih berhati-hati dalam pembelian, di bawah tersenarai cara-cara untuk mengenalpasti ketulenan peranti pisang Nokia.

⇑ Pembungkusan plastik lutsinar di bahagian depan

⇑ Pembungkusan sisi dengan motif grafik

⇑ Pembungkusan atas dengan pelekat AVAXX

⇑ Pembungkusan bawah dengan kod IMEI

⇑ Pelekat hologram AVAXX

⇑ Jenama HMD Global di panel belakang bateri

Pembelian peranti tulen boleh didapati pada harga RM285, maklumat lanjut boleh rujuk FB Nokia Malaysia.

 

 

You might also like