Gionee A1 Lite Diperkenalkan – Bateri 4,000mAh Dan Kamera Depan 20MP

Gionee salah sebuah pengeluar berasal dari negara Tembok Besar, telah menambah satu lagi model baru iaitu A1 Lite ke dalam keluarga siri A dengan spesifikasi kelas pertengahan.

Peranti yang menerima pemproses MediaTek MT6753 ini dimuatkan juga bersama RAM 3GB serta ruangan storan sebanyak 32GB. Paparan skrin hadir dengan saiz 5.3 inci HD yang dijana oleh Android 7.0 Nougat serta UI Amigo 4.0. Kamera utama pada peranti ini menggunakan 13 Megapiksel dan sensor yang lebih besar telah diletakkan di bahagian kamera depan iaitu 20 Megapiksel.

Kuasa yang disalurkan daripada bateri sebesar 4,000mAh ini akan dijual melalui kempen pra-tempah di Nepal pada harga NPR26,999 (lebih kurang RM1,113) bermula 18 Jun iaitu semalam dan pasaran untuk negara lain masih belum diumumkan.

You might also like