
Sekiranya anda sudah tidak sabar-sabar untuk memiliki OPPO F5 Edisi Istimewa Fattah Amin yang telah diumumkan pada Disember 2017 yang lalu, kini tiba masanya untuk anda bersiap sedia untuk membuat pra-tempah model tersebut mulai 5 Januari 2018 ini.
Dengan harga jualan RM1298, anda bukan sahaja boleh memiliki OPPO F5 yang tertera dengan tandatangan artis popular tersebut tetapi akan turut menerima kotak hadiah eksklusif yang mengandungi pelbagai hadiah menarik seperti yang telah eRing kongsikan sebelum ini.
Selain daripada set kotak hadiah eksklusif ini, Fattah Amin turut memberi kepercayaan kepada OPPO Malaysia untuk menyampaikan mesej indah kepada para peminatnya menerusi klip video. Di dalam video itu, Fattah Amin telah menunjukkan karisma dalam usaha untuk memujuk kekasihnya yang sedang merajuk. Ingin tahu apa yang cuba dilakukan olehnya, tonton sahaja video berikut:

