TikTok Tawar Peluang Menangi Tiket Saksi Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2018 Di Hong Kong!!

Berita baik untuk para peminat K-pop di Malaysia!!!

Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2018 akan datang tidak lama lagi! Adakah anda ingin memenangi tiket ke MAMA 2018?! Jika ya, inilah peluang anda!!

Sebagai sebahagian penaja utama kepada anugerah tersebut, TikTok hari ini membawakan kepada peminat satu berita baik dengan menawarkan tiket eksklusif ke MAMA 2018 untuk dimenangi!

Anda berperluang untuk menyaksikan sendri dengan mata anugerah muzik terbesar yang berprestij ini! Haaa, teruja lah tu! Apa yang korang perlu buat, senang je :

  • Langkah 1 : Muat turun aplikasi TikTok ke telefon pintar anda.
  • Langkah 2 : Pergi ke halaman CABARAN dan klik pada butang MAMA 2018
  • Langkah 3 : Undi kategori kegemaran anda termasuk : Artis Terbaik, Bintang Asia Terbaik, Artis Baru Terbaik dan banyak lagi.

Pengundi bertuah akan memenangi hadiah berupa tiket eksklusif ke MAMA 2018 yang berlangsung di Hong Kong pada 14 Disember ini! Undian akan ditutup pada 9 Disember 2018.

Sementara itu, TikTok dengan kerjasama salah satu member BLACKPINK yakni Jennie telah melancarkan cabaran #JennieSolo dalam usaha mempromosi single terbaharunya berjudul “SOLO”.

Peminat bertuah yang paling kretif akan memenangi hadiah istimewa yang ditandatangai oleh Jennie sendiri! Pemenang akan diumumkan pada 5 Disember 2018 melalui aplikasi Tiktok (@globalchallenge) dan Instagram (@tiktokglobalchallenge).

You might also like