
Jika anda salah seorang peminat tegar Fattah Amin, kami pasti anda sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan koleksi barangan beliau. Jadi, untuk itu OPPO hari ini memperkenalkan OPPO F5 Special Edition Fattah Amin kepada anda di luar sana. Telefon pintar edisi istimewa ini didatangkan dengan kemasan warna hitam berserta tandatangan ukiran laser Fattah Amin di belakang.

Tidak cukup dengan itu, peminat yang membeli juga akan menerima empat keping poskad, standee, sarung pelindung jernih yang kesemuanya menampilkan selebriti kesayangan anda termasuk nada dering, wallpaper, serta gambar swafoto Fattah Amin sendiri secara percuma.

Dipadatkan dengan ciri-ciri dalaman serba canggih, peranti ini hadir dengan kamera depan 20 Megapiksel f/2.0 yang dibantu dengan teknologi pengecaman AI Beauty. Ciri pintar ini akan mengenal pasti jantina dan umur penggunanya di dalam persekitaran tidak kira tempat. Ciri ini juga membolehkan wajah sentiasa cantik dan segak dalam setiap rakaman.
Akan tetapi, buat masa ini pihak OPPO Malaysia masih belum mengumumkan harga runcit OPPO F5 Edisi Fattah Amin. Jika ingin tahu maklumat selanjutnya, jangan lupa layari Facebook OPPO Malaysia selepas anda baca artikel ini.

