
Kalau anda sudah membaca artikel bahagian rekaan OPPO F5, tentu terpikat dengan reka bentuknya yang mempunyai skrin hampir penuh bukan? Dengan fizikal yang menawan mata, apa kehebatan atau keunikan yang ada pada OPPO F5? Kita bacakan seterusnya…
Baca juga: Bahagian 1: Rekaan
APA YANG MENARIK?
OS 3.2 + Android 7.1 Nougat
Sepertimana telefon pintar keluaran OPPO sebelum ini, F5 menggunakan sistem antaramuka Color OS 3.2 yang dibantu ekosistem Android 7.1 Nougat. Selain memaparkan paparan antaramuka yang kemas dan mudah untuk digunakan, ia juga lebih mesra pengguna.
Sensor Keselamatan

Pengimbas cap jari yang sebelum ini diletakkan di bahagian muka depan kini dialihkan ke bahagian belakang peranti. Ini kerana OPPO telah mengintegrasikan sensor pengecaman wajah yang dipanggil Facial Unlock untuk membuka kekunci peranti dengan lebih mudah dan pantas.

Lebih menarik, sistem pengecaman wajah ini dikatakan mampu membaca tekstur wajah pengguna yang sedang basah.
Clone Apps
OPPO juga telah memasang perisian istimewa pada F5 yang dkenali sebagai Clone Apps, ia membolehkan anda menggunakan dua akaun media sosial secara serentak. Buat masa sekarang, aplikasi yang menyokong Clone Apps adalah WhatsApp, Line dan BBM sahaja.
Permainan HD
Ramai yang bertanya adakah model ini sesuai untuk mereka yang gemar bermain permainan mudah alih? Bagi eRing, telefon pintar ini boleh dipertimbangkan!

Selain dibekalkan dengan RAM sebesar 4GB/6GB, ia turut dikuasakan oleh pemproses Octa-core berkelajuan 2.3GHz, 64-bit bersama grafik MediaTek Helio P20.


Malah kehadiran paparan skrin bersaiz 6.0 inci pastinya memberikan keseronokan semasa bermain.
Smart Split
Kehadiran fungsi Smart Split membolehkan anda membuat tugasan dengan mudah! Jika menerima SMS ketika sedang menonton video, anda boleh terus membaca mesej sambil menonton video, tetapi anda perlu mengaktifkan fungsi ini terlebih dahulu di ruangan tetapan.
Penggambaran

Berkenaan kamera depan, OPPO F5 dibekalkan dengan sensor 20 Megapiksel f/2.0 AI Beauty yang mampu mengenalpasti jantina dan umur melalui pengimbas wajah. Bukan itu sahaja, ia juga mampu melaraskan cahaya yang masuk ke dalam sensor mengikut tona warna serta jenis kulit si pengguna.

Kamera utama pula hadir dengan sensor 16 Megapiksel f/1.8 boleh mengambil gambil gambar bokeh malah sesuai untuk penggambaran di dalam pencahayaan yang malap.
**Tip!
Anda boleh menggunakan butang Power / pengimbas cap jari untuk mengambil gambar
ZON UJIAN
ZON UJIAN 1 : BENCHMARK
Ulasan: Dengan bajet sebanyak RM 1300, tidak dapat dinafikan lagi bahawa OPPO F5 boleh dianggap antara peranti Android yang menawarkan prestasi terbaik di dalam kategorinya.
ZON UJIAN 2 : BATERI
Ulasan: Berdasarkan kenyataan yang dikongsikan oleh OPPO, model F5 yang tampil dengan bateri berkapasiti 3200mAh ini turut dilengkapi dengan keupayaan pengecasan pantas yang dikenali sebagai VOOC. Kami telah membuat ujian pengecasan bateri, dan keputusannya sangat memuaskan.
PERBANDINGAN SWAFOTO
Memandangkan OPPO F5 memfokuskan kepada pengguna yang suka berswafoto, di sini kami menyertakan sekali hasil gambar swafoto dari dua lagi model popular yang ada di pasaran iaitu vivo V7+ dan juga Huawei nova 2 Plus.
Mod Beauty
Ulasan: Jika dilihat secara keseluruhan, kesemua hasil gambar yang dipertandingkan mempunya keistimewaan sendiri. OPPO F5 dan nova 2 Plus menghasilkan gambar Beauty yang setara, cuma vivo V7+ hasilnya lebih gelap tetapi masih mengekalkan ketelitian gambar.
Mod Beauty + Bokeh
Ulasan: Hasil gambar bokeh pula memihak kepada OPPO F5 kerana warnanya lebih natural dan efek yang lebih teliti serta boleh dilaraskan. Hasil bokeh tidak nampak jelas sangat pada Huawei Nova 2 Plus, manakala vivo V7+ tidak kurang hebatnya terutama keseluruhan warnanya masih baik.
Mod Selfie dengan Softlight LED Flash
Ulasan: Jika dilihat gambar yang diambil dalam pencahayaan kurang, OPPO F5 tidak seterang vivo V7+ dan Huawei Nova 2 Plus. Secara keseluruhannya, hasil gambar dalam keadaan low light ini masih memuaskan.
MOD KAMERA UTAMA
Indoor
• Flash mode: No flash • Piksel: 4608 x 3456 • ISO: 694 • Focal Length: 3.65mm • Aperture: f/1.8 • Exposure time: 1/50s • White Balance: Auto • Saiz: 3.7 MB
Makanan
• Flash mode: No flash • Piksel: 4608 x 3456 • ISO: 1355 • Focal Length: 3.65mm • Aperture: f/1.8 • Exposure time: 1/33s • White Balance: Auto • Saiz: 3.3 MB
Makro
• Flash mode: No flash • Piksel: 6912 x 9216 • ISO: 387 • Focal Length: 3.65mm
• Aperture: f/1.8 • Exposure time: 1/50s • White Balance: Auto • Saiz: 13.1 MB
Outdoor
• Flash mode: No flash • Piksel: 3456 x 4608 • ISO: 102 • Focal Length: 3.65mm
• Aperture: f/1.8 • Exposure time: 1/1821s • White Balance: Auto • Saiz: 5.1 MB
Malam
• Flash mode: No flash • Piksel: 9216 x 6912 • ISO: 1811 • Focal Length: 3.65mm
• Aperture: f/1.8 • Exposure time: 1/17s • White Balance: Auto • Saiz: 15.9 MB
KESIMPULAN
Seperti kebanyakan model keluaran OPPO sebelum ini, jelas dapat dilihat bahawa model F5 pastinya mampu menarik perhatian golongan mereka yang suka berswafoto. Apa yang menariknya model ini, ia bukan sahaja menawarkan lensa depan beresolusi 20 Megapiksel dengan satu teknologi baru dipanggil AI Beauty Recognition, ia juga mampu mengenalpasti jantina dan umur melalui pengimbas wajah.
Selain menyediakan sensor pengimbas cap jari yang mampu melindungi telefon pintar anda dari diceroboh, OPPO F5 turut dilengkapi dengan sokongan pengimbas wajah yang diberi nama Facial Unlock.
Secara kesimpulannya, tidak dinafikan lagi bahawa OPPO F5 bukan sahaja telefon pintar untuk golongan yang gemar berswafoto, malah turut sesuai untuk mereka yang inginkan sebuah telefon pintar berkuasa dengan memori, RAM serta paparan skrin yang besar.

