Redmi Note 8 Pro Kini Rasmi Pada harga Bermula Dari RM825 – Hadir Dengan Kamera Sebesar 64MP & NFC!!

Buat peminat peranti dari Redmi, ini ada berita baik buat anda apabila jenama ini baru melancarkan peranti terbaharu yang dikenali sebagai Redmi Note 8 Pro yang bakal dijual pada harga bermula dari RM825.

Peranti ini sangat menakjubkan apabila tampil dengan paparan 6.53″ IPS LCD FHD+ (1080 x 2340 Piksel) dan disertakan dengan Corning Gorilla Glass 5.

Dihadirkan dengan Android 9.0 Pie + MIUI 10 dan dipadankan dengan pemproses yang sangat berkuasa iaitu Mediatek Helio G90T membuatkan ia antara yang berkuasa bagi kelasnya.

Melengkapi spesifikasi dalaman ini dalam aspek memori yang mana ia dihadirkan dengan RAM sebesar 6GB / 8GB dan storan sebesar sehingga 128GB.

Ini yang menjadi kegilaan apabila peranti ini tampil dengan kamera utama 64MP + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan 20MP. Hasil gambar pasti sangat menakjubkan.

Aspek bateri juga tidak mengecewakan apabila hadir dengan 4500mAh dengan pengecasan pantas 18W serta Quick Charge 4.0.

Bagi anda yang minat bermain game, ia turut disertakan dengan MediaTek Hyper Engine dan Game Turbo 2.0 serta sistem penyejukkan.

Pengimbas cap jari pula disertakan di bahagian belakang peranti ini.

Ia juga diersertakan dengan ciri NFC yang memberikan kelebihan buat peranti anda.

Tampil dalam 3 warna iaitu Hijau, Putih dan Kelabu. Ia bakal tersedia dalam 3 varian dan harga seperti berikut:

  • 6GB+64GB: RMB1399 (kira -kira RM825)
  • 6GB+128GB: RMB1599 (kira-kira RM943)
  • 8GB+128GB: RMB1799 (kira-kira RM1061)

_______________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like