Siri Redmi Note 8 Sah Bakal Tampil Dengan MediaTek Helio G90T

Nampaknya makin panas, siri Redmi 8 bakal dilancarkan tidak lama lagi – 29 Ogos 2019 dalam sebuah acara pelancaran dijadualkan berlangsung di China. Redmi bakal memperkenalkan dua versi dibawah model ini – Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro.

Menjelang pelancaran rasmi, Redmi kini mendedahkan butiran spesifikasi utama yang bakal datang pada peranti berkenaan. Memetik sebuah imej acah tersebar, Redmi Note 8 dan Note 8 Pro bakal dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio G90T. MediaTek Helio G90T membawakan dua teras Cortex-A76 pada 2.05 GHz dan enam teras Cortex-A55 pada 2GHz. Ia juga dibantu grafik ARM Mali G76.

Pun begitu, masih banyak maklumat mengenai peranti ini yang masih belum diketahui. Apa lagi bakal kita lihat selepas ini? Sama-sama tunggu dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

You might also like