
HONOR Malaysia kini berbesar hati mengumumkan kerjasama dengan jenama terkemuka Korea Selatan, SPAO dalam usaha merapatkan jurang antara teknologi dan fesyen. Woww! Menarik bukan?

HONOR berjaya membuat gelombang dalam dunia fesyen. Terbaru, kajian warna HONOR 20 mendapati dua pertiga orang (66%) percaya bahawa warna yang dipakai melambangkan imej dan identiti. Manakala lebih daripada separuh (56%) pula percaya orang membentuk pendapat berdasarkan warna yang dipakai.

Sedar betapa pentingnya keindahan warna, HONOR melabur dalam mewujudkan warna-warna paling menarik untuk peranti tebaharunya, HONOR 20 Pro. Kaca Dynamic Holographic dibina menerusi dua peringkat. Lapisan kedalaman dibina dengan berjuta-juta prisma kecil yang menyerupai kepingan berlian. Ia sekaligus menjadi aksesori yang cukup sempurna untuk bergaya dengan koleksi daripada SPAO.

Berkongsi pendapat yang sama, SPAO juga memenuhi keperluan anak-anak muda masa kini dengan menawarkan pakaian dan aksesori yang cukup trendy. Bagi memberi kejutan, HONOR dan SPAO bakal muncul dengan kejutan istimewa! Maklumat lanjut akan diumumkan kelak! So stay tuned!
BELI PERANTI HONOR DI..

