HUAWEI Nova 5 Turut Dirasmi, Pamer Keunggulan Apabila Dihadirkan 4 Kamera + Kirin 810

Satu lagi siri model yang diperkenal adalah HUAWEI Nova 5 yang turut menjanjikan prestasi yang menakjubkan. Dikuasakan oleh HiSilicon Kirin 810 (7nm) dan disertakan dengan memori 8GB RAM + 128GB ROM.

Peranti ini turut menjalankan Android 9 Pie. GPU bagi peranti ini juga baik iaitu Mali-G52.

Aspek paparan juga tidak mengecewakan apabila ia tampil dengan saiz skrin sebesar 6.39 inci AMOLED FHD+ (1080 x 2340 Piksel). Kepuasan paparan pastinya dapat dicapai menerusi peranti ini.

Kamera peranti ini juga tidak mengecewakan apabila ia tampil dengan 48MP + 12MP + 2MP + 2MP bagi kamera belakang dan 32MP bagi kamera hadapan.

Kapasiti bateri sangat tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan 4200mAh. Jadi anda boleh menggunakan peranti ini seharian.

Tampil dengan warna Dilemma Forest (Green), Midsummer Purple dan Bright Black bakal mencuri tumpuan anda.

HUAWEI Nova 5 (8GB+128GB) bakal dijual pada harga RMB2799 (kira – kira RM1691).

 

You might also like