HUAWEI Nova 5i Dilancarkan, Pamer Keupayaan 4 Kamera Yang Menakjubkan bagi Kelasnya!!!

Satu lagi peranti yang diperkenal ialah HUAWEI Nova 5i yang sangat menakjubkan bagi kelasnya. Dihadirkan dengan kuasa pemproses yang baik iaitu Hisilicon Kirin 710 dan aspek memori iaitu 6GB / 8GB RAM + 128GB pastinya melancarkan penggunaan peranti ini. Turut menjalankan Android 9.0 (Pie), EMUI 9.1

Dihadirkan dengan saiz skrin yang menakjubkan iaitu 6.4 inci Full HD (1080 x 2310 Piksel) membuatkan anda puas menonton pada skrin peranti ini.

Keupayaan kamera juga adalah sangat baik apabila ia tampil dengan 24MP + 8MP + 2MP + 2MP bagi kamera belakang. Manakala bagi kamera hadapan pula  tampil dengan skrin berlubang yang memberikan 24MP.

Kapasiti bateri bagi peranti ini juga adalah sangat baik apabila ia dihadirkan dengan 4000mAh. Turut dihadirkan dengan teknologi GPu Turbo.

Dihadirkan dengan warna Crush Blue, Crush Red dan Midnight Black pasti memukau mata yang memandang.

Peranti ini bakal dijual pada harga RMB1999 (kira-kiraRM1208) bagi varian 6GB +128GB. Manakala bagi varian 8GB +128GB bakal dijual pada harga RMB2199(kira-kira RM1329).

 

 

You might also like