
Samsung Perkenal Samsung Galaxy Tab S6 Lite – Hadir Dengan Kapasiti Bateri Sehingga 7040mAh!!!
Korang mesti terkejut apabila Samsung secara tiba-tiba telah mengumumkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai Samsung Galaxy Tab S6 Lite.

Tampil dengan spesifikasi yang menarik yang mana ia hadir dengan paparan skrin 10.4″ TFT yang memberikan paparan yang baik kepada pengguna.
Dari aspek dalaman pula, ia dihadirkan dengan pemproses Exynos 9611 dan dipadankan dengan memori sebesar 4GB RAM dan storan sebesar 64GB. Ia turut dihadirkan dengan sokongan kad mikro SD sehingga 1TB.

Kamera juga agak baik apabila ia dihadirkan dengan 8MP bagi kamera utama dan 5MP bagi kamera hadapan.

Kapasiti bateri sangat besar apabila ia dihadirkan dengan 7040mAh. Ia turut dipadanakan dengan sokongan stylus S-Pen.

