U Mobile Lancarkan Pelan Unlimited HERO P99 – Internet & Kelajuan Tanpa Had Sebenar

U Mobile telah melancarkan pelan terbaru, Unlimited HERO P99 dengan data Internet dan kelajuan tanpa had sebenar. Dengan bayaran bulanan hanya RM99 sebulan, pengguna akan mendapat panggilan tanpa had Call-Onz ke semua rangkaian, App-Onz untuk media sosial Facebook, Twitter dan Instagram serta Game-Onz.

Tidak cukup dengan itu, U Mobile turut memberikan data tanpa had untuk Music-Onz (Apple Music, Spotify, Tidal dan banyak lagi), Video-Onz (YouTube, Netflix, Viu, iflix) dan juga aplikasi Waze.

Tambah 3 talian bersama pelan Unlimited HERO P99 menerusi Share 20, hanya bayar RM20 sebulan.

Walaupun menawarkan data tanpa had, tetapi perkongsian Internet melalui hotspot hanya dihadkan sebanyak 30GB sahaja sebulan. Untuk pengetahuan pengguna, pelan ini khas untuk telefon pintar sahaja.

Jadi tunggu apa lagi, segera ke pusat servis atau layari sahaja laman U Mobile untuk maklumat lanjut.

U Mobile juga membuat perbandingan komitmen bulanan dari RM80 ~ RM110 dari telco lain.
You might also like