Honor V10 Dilancarkan – Pertaruhkan 18:9, Pemproses Kirin 970, RAM 6GB & Dwi Kamera

Honor dengan rasminya melancarkan model V10 untuk pasaran China. Menampilkan kerangka logam, ia dipadankan bersama skrin tanpa bingkai bersaiz 5.99 inci dengan resolusi 1080×2160 piksel dan menggunakan panel LCD.

Kuasa dalaman dikuatkan dengan cip pemproses Kirin 970, RAM 6GB serta pilihan storan 64GB dan 128GB yang menyokong kad microSD. Masih mengekalkan audio 3.5mm jack, pengimbas cap jari turut disediakan pada panel depan.

Kamera utama Honor V10 hasil gabungan sensor 16 Megapiksel dan 20 Megapiksel f/2.0 tanpa sokongan OIS. Sementara kamera depan menerima 13 Megapiksel f/2.0 yang dibantu LED flash.

Menyokong bateri berkapasiti 3,750mAh dengan pengecasan pantas 5V / 4.5V, peranti ini didatangkan dengan pilihan warna hitam, emas dan juga merah.

Honor V10 dijual dengan tanda harga RMB2,700 (RM1,695) untuk varian 64GB/4GB. Manakala untuk varian 64GB/6GB pula berharga RMB3,000 (RM1,883) dan varian teratas 128GB/6GB dijual pada harga RMB3,500 (RM2,197) seunit. Setakat ini, Honor Malaysia masih belum mengumumkan ketersedian peranti ini untuk pasaran tempatan.

Sumber : GSMArena

You might also like