
Kemas Kini Android Oreo OnePlus 5 Sokong Face Unlock?

Berdasarkan imej yang tertiris ini, kemas kini Android 8.0 Oreo yang hadir pada OnePlus 5 bakal menawarkan fungsi pengimbas wajah atau dikenali sebagai Face Unlock.
Fungsi ini telah disahkan kehadirannya pada model OnePlus 5T oleh salah seorang pengasas syarikat itu, Carl Pei di laman OnePlus Forum baru-baru ini.

Pada sesi temubual itu, Pei memberitahu OnePlus 5 tidak akan dilengkapi dengan fungsi Face Unlock kerana sudah hadir dengan sokongan pengimbas cap jari.
Selain pengimbas wajah, terdapat banyak lagi fungsi menarik yang ditawarkan oleh OnePlus 5 apabila dikemaskini ke Android 8.0 Oreo dan ia dijangka bermula Januari 2018.
Sumber : techdroider

