
Android 7.1.1 Untuk Peranti Nexus Dan Pixel
Google, tanpa mengeluarkan sebarang pemberitahuan telah melancarkan Android 7.1.1 untuk peranti Pixel dan Nexus. Perisian versi terbaru ini membawa kemas kini fungsi gerak isyarat dan beberapa tambah baik. Selepas anda mendapatkan Android 7.1.1, anda boleh menghidupkan paparan dengan gerakan double tap dan angkat peranti untuk melihat notifikasi.
Berikut adalah nombor binaan bagi setiap peranti:
- Pixel: NMF260
- Pixel C: NMF26H
- Nexus 6P: NMF26F (tidak termasuk Verizon)
- Nexus 5X: NMF26F
- Nexus 9: NMF26F
- Nexus Player: NMF26J
Kemas kini ini boleh dipasang secara manual dengan cara flashing factory image atau flashing fail OTA pada peranti anda. Bagaimanapun jika anda tidak biasa dengan cara-cara tersebut, anda boleh menunggu sehingga peranti anda memasang versi terbaru secara automatik.
Sementara itu, Android Nougat masih belum mendominasi pasaran pengguna. Hanya sebilangan kecil pengguna Android sahaja menggunakan versi terbaru ketika ini. Majoriti pengguna masih menggunakan versi Lollipop.