Anda Kini Sudah Boleh Mendaftar Generasi E-Sukan Sekolah 2021!!!!

Kelab Sukan Elektronik Generasi Bijak telah dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Perak, Putrajaya dan Johor untuk menguruskan program Generasi E-Sukan Sekolah yang bakal melibatkan penyertaan dari 4 buah negeri dan lebih 30 ribu murid dan mendapat tajaan dari realme Malaysia. Program ini juga telah mendapat sokongan penuh dari Kesatuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) & Kementerian Belia & Sukan.

Program ini adalah julung-julung kali dianjurkan yang melibatkan 4 buah negeri sekaligus. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Perak, Putrajaya dan Johor itu akan berlangsung selama 6 bulan yang bermula pada 6hb Mac 2021 nanti sehingga ogos 2021. Program GES2021 ini yang bertemakan ‘Pendidikan dalam Permainan’ ternyata berlainan dari perlawanan e-sukan yang ada kini. Perlawanan ini nanti akan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu negaraku dan lagu dari negeri yang terlibat dapat memberi suntikan patriotik kepada penonton ibu bapa, guru, masyarakat serta khususnya peserta.

Selain itu, terdapat juga selingan video dari doktor pakar yang akan mengulas tentang ‘healthy gaming’, wakil dari Moonton Malaysia selaku penerbit sah Mobile Legend Malaysia, Encik Arif Shahir juga terlibat bagi mengulas topik karier masa depan di dalam E-Sukan & slot ringkas tazkirah dari selebriti ustaz bagi pengisian rohani dan jasmani.

Pendaftaran juga sedang giat berlangsung bermula dari 6hb Februari 2021 sehingga 28hb Februari ini. Uniknya Generasi E-Sukan Sekolah 2021 ini adalah setiap kumpulan yang ingin bedaftar wajib diuruskan oleh pengurus yang terdiri dari IbuBapa atau Guru yang dilantik sahaja dan kebenaran sepenuhnya terletak kepada Ibu Bapa. Setiap peserta juga akan mendapat e-sijil peringkat negeri. Sebanyak 256 kumpulan dari kategori rendah dan menengah bagi setiap negeri akan bertanding dan setiap kumpulan mewakili sekolah masing-masing dan pemenang yang terpilih akan bertanding dengan pemenang- pemenang dari negeri lain.

Semoga dengan penganjuran Generasi E-Sukan Sekolah 2021 ini dapat memberi peluang dan ruang kepada murid untuk menonjolkan bakat sedia ada dan dapat menjadi atlet e- sukan yang berpendidikan suatu hari nanti.

Sebarang pertanyaan dapat hubungi nombor 018-2094517 (En. Hafiz) atau 012-2356010 (Pn. Julia) yang tertera di atas atau layari www.genbijak.my. 

You might also like