Telefon Pintar OPPO Kini Sokong e-SIM Melalui Aplikasi Durian Man

Masanya sudah tiba untuk kita katakan hai kepada era SIM-Less! OPPO kini membawakan sokongan e-SIM ke telefon pintar mereka dan syarikat itu bekerjasama dengan Durian Man bagi berbuat demikian.

Promosi bermula HARI INI hingga 31 Disember 2018 dan hanya tersedia di The Mines OPPO Concept Store, SS15 Subang Jaya Concept Store dan Lowayt CS sahaja!

Di samping itu, OPPO juga menawarkan peluang kepada pelanggan yang mendaftar untuk memenangi sejumlah hadiah menarik bernilai sehingga RM 30,000.

Buat masa ini, antara telefon pintar yang menyokong e-SIM adalah OPPO F9 dan OPPO R 17 Pro. Jadi, ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengaktifkan pelan prabayar mudah alih anda:

  • Muat turun aplikasi Durian Man melalui Google Play Store
  • Daftar akaun Durian Man
  • Pilih rancangan prabayar mudah alih pilihan anda
  • Imbas Kad Pengenalan / Passport
  • Buat pembayaran
  • Pilih nombor mudah alih pilihan
  • Aktifkan dan selesai!

________________________________________________________________________

Artikel berkaitan:

You might also like