
Youtube merupakan antara platform video paling popular pada ketika ini. Ketika kita sedang menginjak ke penghujung tahun 2018, jom kita lihat video-video yang menjadi hit dan viral, terbitan-terbitan epik, dan para pencipta kreatif yang telah menjadikan tahun ini tahun yang perlu diingati bagi budaya popular Malaysia di YouTube. Sampaikanlah salam anda kepada video dan video muzik terhangat 2018 di youtube.com.my!
Bagaimana kedudukan video-video ini ditentukan? mudah sahaja, ia berdasarkan waktu yang diluangkan untuk menonton, berkongsi, meninggalkan ulasan, menyukai video dan lebih lagi oleh para penonton di Malaysia. Video-video ini juga merupakan gambaran terbaik kepelbagaian kreativiti yang telah ditonjolkan di YouTube Malaysia sepanjang tahun ini.
Seperti tahun sebelumnya, hiburan telah menguasai tontonan-tontonan Youtube engan kandungan dari pelbagai rancangan televisyen seperti MeleTOP, Motif Viral dan Anugerah MeleTOP Era 2018. Tidak dilupakan apabila persembahan secara langsung dari Syamel and Ernie Zakri menduduki tempat teratas dengan persembahan langsung mereka bagi lagu ‘Aku Cinta,’ diikuti dengan salah satu iklan Hari Raya paling popular tahun ini terbitan Astro.
Selain itu terdapat juga pencipta YouTube Alieff Irfan dengan filem pendeknya mengenai cabaran berpuasa dan juga persembahan penyanyi cilik ini yang mengagumkan di kalangan 10 video terbaik tahun ini.
Bakat-bakat tempatan turut mendominasi Carta Video Muzik Paling Trending yang mana memperlihatkan Sufian Suhaimi berdiri tegas di tangga kedua dengan lagu cintanya, Di Matamu, manakala lagu Lagi Syantik nyanyian Siti Badriah dari Indonesia menduduki tempat pertama. Turut bersama-sama menghiburkan diri dengan lagu-lagu Hikayat Benladin oleh Ben Ladin, Luar Biasa oleh Ismail Izzani dan Aqilah oleh Floor 88, selain lagu-lagu kegemaran antarabangsa seperti 뚜두뚜두 (DDU-DU DDU-DU) oleh BlackPink dan Girls Like You oleh Maroon 5.
Berikut adalah video dan video muzik paling trending di Malaysia bagi 2018, berdasarkan tontonan, perkongsian, ulasan, sukaan dan pelbagai lagi aktiviti yang anda lakukan di YouTube:
Video Paling Trending Videos di YouTube Malaysia 2018
1. #AJL32 | Syamel & Ernie Zakri | Aku Cinta
2. Gaya Raya Paling Ori – Filem Pendek Astro Raya 2018
3. Hantu Kak Limah (Tayangan Perdana)[HD] Di Pawagam Mulai 9 Ogos
4. Srikandi Cintaku – Dato’ Awie & Mus May (Ost. Hantu Kak Limah)
5. Dugaan Puasa
6. Kugiran Masdo – Bunga
7. Sedap budak ni nyanyi, berdiri bulu roma kalau dengar
8. Maya Karin muntah darah di set MeleTOP? | Syamsul Yusof & Nasir Bilal Khan
9. Motif Viral: Awek Manja Nak Cendol Pun Tak Tahu Kenapa Dia Viral
10. #AME2018 I Persembahan Ruffedge padu ubat rindu | Bila Rindu, Lemas, Tipah Tertipu, Khayalan
Video Muzik Paling Trending di YouTube Malaysia 2018
1. Siti Badriah – Lagi Syantik (Official Music Video Nagaswara) #music
2. Sufian Suhaimi – Di Matamu (Official Music Video with Lyric)
3. Ben Ladin – Hikayat Benladin (Official Lyric Music Video)
4. Ismail Izzani – Luar Biasa ft. Alif (Official MV)
5. BLACKPINK – ‘뚜두뚜두 (DDU-DU DDU-DU)’ M/V
6. Floor 88 – Aqilah [Official Music Video]
7. Maroon 5 – Girls Like You ft. Cardi B
8. Deen Assalam – Cover by Sabyan
9. Ghea Youbi – Gak Ada Waktu Beib (Official Music Video)
10. 周杰倫 Jay Chou (with 楊瑞代)【等你下課 Waiting For You】歌詞版MV
Baca juga: