Porsche Design Huawei Mate 20 RS – Dilengkapi Kemasan Berasaskan Kulit, Memori 8GB RAM

993

Acara besar-besaran Huawei yang berlangsung di London sebentar tadi turut menyaksikan sesi perlancaran versi Porsche Design Huawei Mate 20 RS. Difahamkan, ini merupakan peranti kedua hasil kerjasama Porsche Design untuk tahun ini.

Versi Porsche Design Huawei Mate 20 RS turut dilengkapi dengan sejumlah ciri-ciri unik yang ada pada Huawei Mate 20 Pro termasuk kehadiran tiga kamera utama pada panel belakang, menyokong pengecasan tanpa wayar dan beberapa lagi ciri unik yang lain.

Tidak ketinggalan, versi ini dilengkapi dengan 8GB RAM dan Huawei turut memaklumkan bahawa mereka turut meningkatkan sokongan storan pada peranti ini sehingga 512GB.

Lebih menariknya, versi ini turut dilengkapi dengan kemasan berasaskan kulit yang mana dihasilkan khas untuk Porsche Design Huawei Mate 20 RS. Dimaklumkan, kemasan tersebut akan tampil lebih premium di samping memberikan pengalaman genggaman lebih selesa.

Porsche Design Huawei Mate 20 RS ditawarkan pada harga  €1695(kira-kira :RM8139)untuk versi 8GB RAM + 256GB. Manakala, untuk versi 8GB RAM + 512GB  pula dijual pada harga € 2095(kira-kira : RM10060.