[Khabar Angin] iPhone SE Terbaru Akan Diperkenalkan Seawal Tahun Hadapan

Apple bukan sahaja sedang menumpukan perhatian pada iPhone 8, tetapi ada khabar angin mengatakan bahawa syarikat berjenama ini akan melancarkan sebuah model terbaru iPhone SE pada suku pertama tahun hadapan. Apple nampaknya tidak melupakan peranti kompak ini malahan ianya akan menggantikan model terdahulu yang hampir dua tahun telah diperkenalkan.

Model yang dirancang ini akan mengekalkan identiti yang asal, selain cip pemproses pada iPhone 7 juga turut dimuatkan. Disamping itu, saiz skrin pada peranti ini juga dikatakan diantara 4 inci hingga 4.2 inci sementara ruangan memori ditawarkan dengan 32GB dan 128GB. Ianya akan dijana menggunakan kuasa bateri 1,700mAh, lebih besar berbanding 1,624mAh pada model yang pertama serta dioperasikan oleh iOS 11 yang terbaru.

iPhone SE generasi kedua ini akan dipasang di India menggunakan perkakasan dari Taiwan. Kilang Wistron ini merupakan kilang baru Apple yang telah memulakan operasi sejak bulan Mei lalu menerusi pemasangan peranti-peranti kompak termasuklah iPhone SE baharu akan datang.

You might also like