
iPhone SE Akan Mula Dipasang Di India

Apple sudah memulakan operasinya di India dengan memasang telefon pintar yang mereka katakan ‘termurah’ di dalam barisan iPhone keluarannya. Kerjasama dengan kilang Winstron Corp yang terletak di Bengaluru, Selatan India ini akan menambahkan stok pengeluaran untuk pasaran tempatan (India) selepas China dan Taiwan. Pemasangan peranti bersaiz 4 inci ini mendapat pengurangan kos pembuatan sebanyak USD100 (lebih kurang RM450).
India juga dikatakan antara pasaran telefon pintar yang mendapat permintaan tinggi selepas AS dan China. Selain itu, penjualan iPhone SE dijangka akan meningkat selepas ia merudum pada tahun lepas.
Jadi selepas ini, anda mugkin akan lihat rakan di sebelah anda menggunakan iPhone yang ‘di cop’ dari India.