
Samsung Galaxy C10 Dengan Dwi Kamera Mungkin Akan Dikeluarkan Sebelum Note 8?
Akhir-akhir ini hangat diperkatakan bahawa Samsung akan mengeluarkan peranti yang memiliki dwi kamera. Model Galaxy C10 ini bukannya model flagship malah ia mungkin akan dijual sebelum kehadiran Galaxy Note 8 pada suku ketiga tahun ini.
Gambar ketirisan Samsung Galaxy C10 ini melihatkan penggunaan kerangka logam dengan dwi kamera utama yang diletakkan secara menegak bersama dwi LED flash. Selain itu, garisan antena halus juga dipadankan dengan warna mati yang kini menjadi warna trending untuk telefon pintar. Dari segi dalaman pula ia tidak akan dilengkapi dengan pemproses yang tercanggih seperti mana yang digunakan di dalam Samsung Galaxy S8, tetapi ia mungkin akan dimuatkan dengan pemproses pertengahan iaitu Snapdragon 660.

Samsung nampaknya tidak mahu ketinggalan dengan trend semasa yang menggunakan sistem dwi kamera. Harap-harap Samsung jangan cuma “Hangat-hangat tahi ayam saja”.